BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Jerudong FC tidak menayangkan belas kasihan kepada pasukan jirannya, Sengkurong FC untuk menyambar tiga mata hasil kemenangan 4-1 dalam persaingan Perdana Satu DST Group Liga Perdana Brunei di Kompleks Sukan Berakas, malam ini.
Kemenangan manis buat skuad didikan Julkifli Haji Hitam itu mula dirasai melalui sentuhan Dahlan Zainuddin di minit ke-27 selepas menerima umpanan cantik rakan dengan membuat pergerakan mengelirukan pertahanan Sengkurong.
Sengkurong yang tampak mempamerkan aksi meyakinkan berjaya memberi saingan kepada lawannya tapi mereka hampa gara-gara barisan depan sendiri ketumpulan idea untuk menggegarkan gawang Jerudong.
Sebaliknya, Jerudong menyemarakkan semula impian mereka dengan penyudah berbisa penyerang tinggi lampai, Jasni Nasri yang tidak melakukan kesilapan hasil lorongan kemas di minit 35, sekali gus meletakkannya mendahului 2-0 sehingga tamat babak pertama.
Sengkurong yang cuba bangkit pada baki 45 minit terakhir terus goyah dengan gol Md Arif di minit ke-66 menerusi rembatan jarak jauh dan seminit selepas itu, Sufir Mohaimin pula membuatkan lawannya terus longlai.
Jerudong akhirnya memahat kemenangan mutlak meskipun Sengkurong memperoleh jaringan sagu hati menerusi sepakan penalti Mazran Jamin 10 minit sebelum tamat perlawanan.
Kejayaan itu membolehkan Jerudong berada di tangga ketiga - berkongsi 21 mata bersama Majra FC yang menumbangkan Indera FC dengan jaringan serupa semalam.
Jumaat ini tiga lagi perlawanan Perdana Satu berlangsung dengan MS ABDB dijangka tidak masalah menumpaskan NBT FC di Kompleks Sukan Berakas, Brunei Shell FT pula melayan kedatangan March United di gelanggang sendiri sementara Wijaya FC dan AH United bertembung di Padang dan Balapan Berakas.